Pemain Gombak FC Tunaikan Hasrat Besar Shahrom Kalam
MakanBola
Gombak FC
Sponsors

Selepas tewas dua kali berturut-turut dalam Liga A1 Semi Pro, Gombak FC akhirnya mengecapi kemenangan kedua pada 28 Julai lalu.

Gombak terpaksa bekerja keras sebelum mengenepikan cabaran Harini FT 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Dua gol pasukan itu disumbang Nazrul Kamaruzaman dan Isa Raman.

Ad

Kemenangan ini sekaligus merealisasikan hajat pengendali mereka, Shahrom Kalam untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Ad

Bekas pemain pertahanan kebangsaan itu melihat kemenangan ke atas Harini memberi suntikan moral kepada pasukan. Ini selepas Gombak sebelum ini tewas kepada Malaysian University FT (MUFT) dan PIB Shah Alam FC.

Malah, ini juga peluang buat pasukan itu untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam liga. Ketika ini, pasukan itu menduduki tangga kelapan selepas enam perlawanan.

Ad

“Sudah pasti. Saya rasa semua perlawanan itu penting. Kita memang cuba mendapatkan mata penuh dalam semua perlawanan. Tetapi malangnya dalam dua perlawanan sebelumnya, kita menerima kekalahan yang saya rasa kita bermain dengan baik.

Ad

“Tetapi malam ini kita mendapat suntikan moral yang baik demi mendapatkan kemenangan. Dan saya mengharapkan selepas ini, kita akan memanjat tangga liga,” katanya.

Ad

Gombak selepas ini akan turun menentang YPM FC di Gambang, Pahang untuk aksi liga seterusnya pada 3 Ogos ini.