Pemain Iraq Teruja Bertemu Lawan Seperti Korea Selatan
Asia
FA Iraq
Advertisements

Iraq bakal menjadikan Korea Selatan sebagai medan pemanas terakhir mereka pada malam ini sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023.

Bek kanan Singa Mesopotamia, Allan Mohideen mengakui pertemuan malam ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh pasukan.

Ini kerana ini bukan saja peluang menguji keserasian barisan anak buah Jesus Casas itu di atas padang sebelum kejohanan bermula.

Advertisements

Malah, ini peluang buat pasukan Asia Barat seperti Iraq untuk menguji kualiti Pahlawan Taeguk yang diperkuat 12 pemain yang berpangkalan di Eropah.

“Ya, ini akan jadi satu perlawanan yang bagus untuk kami menambahbaik beberapa perkara sebelum ke Piala Asia. Ini satu peluang yang bagus dan (Korea Selatan) satu pasukan yang bagus. Jadi, ini satu perkara yang bagus buat kami,” katanya kepada IraqFPG semalam.

Bek kanan berdarah Iraq-Romania itu mendapat penampilan pertama bersama Singa Mesopotamia pada 2016.

Advertisements

Mohideen kemudiannya terpaksa menunggu tujuh tahun sebelum membuat penampilan kedua antarabangsa bersama Iraq pada Jun 2023.

Sekiranya diturunkan oleh Casas malam ini, beliau bakal membuat penampilan ketiga bersama Iraq.

Mohideen dijangka bersaing dengan Frans Putros (Port FC) dan Hussein Ali (Heerenveen) untuk slot bek kanan pertahanan Singa Mesopotamia sepanjang saingan Piala Asia 2023.

Advertisements

Selepas perlawanan malam ini, Iraq dan Korea Selatan akan fokus kepada kempen kumpulan masing-masing.

Iraq bakal membuka tirai kempen Kumpulan D dengan menentang lawan sama dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2026, Indonesia pada 15 Januari ini.

Manakala Korea Selatan pula membuka kempen Kumpulan E dengan menentang pasukan Asia Barat, Bahrain pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram