Advertisements
Pemain JDT & Lion City Bertengkar,  Feroz Baharudin Kekal Tenang
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lion City Sailors telah berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah.

Skuad Harimau Selatan tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran wakil Singapura itu apabila membelasah lawan dengan keputusan 4-0.

Kemenangan itu memastikan rekod bersih 100 peratus JDT ke atas Lion City Sailors masih kekal selepas menewaskan lawan pada tahun 2023 di laman sendiri.

Aksi itu bagaimanapun menyaksikan terdapat momen tegang yang berlaku antara dua pemain yang kelihatan tidak berpuas hati.

Insiden yang melibatkan perancang tengah pasukan bimbingan Hector Bidoglio iaitu Chico Geraldes dan juga Obren Kljajic ketika aksi sedang berlangsung.

Detik itu menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan berkerumun untuk memastikan keadaan tegang itu dapat dileraikan.

Ketenangan pertahanan JDT, Feroz Baharudin yang berada jauh di belakang mendapat perhatian netizen yang memuji sikap matang yang ditunjukkan.

JDT bakal memulakan saingan musim 2024/25 dengan mengharungi aksi Piala Sumbangsih dan bakal bertemu naib juara Liga Super 2023, Selangor FC.

Video: Aksi JDT vs Lion City