JDT ‘Moreh’ Besar, Belasah Lion City Sailors
Persahabatan
Lion City Sailors FC
Advertisements

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan kedua menentang kelab Singapura, Lion City Sailors.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan beberapa watak penting skuad Harimau Selatan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan.

The Sailors turun dalam misi besar untuk mempamerkan persembahan terbaik selepas kecewa di laman sendiri dengan keputusan 2-1 tempoh hari.

Advertisements

Anak didik Hector Bidoglio kelihatan cukup klinikal dengan hantaran-hantaran pendek yang tepat pada 15 minit pertama permainan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-25 menerusi percubaan Toni Datkovic namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan bebas yang mudah disempurnakan oleh penyerang berbisa pasukan, Fernando Foresitieri untuk menewaskan Izwan Mahbud.

Juan Muniz meletakkan tuan rumah selesa di hadapan pada minit ke-45 hasil percubaan kencang untuk menutup tirai 45 minit pertama permainan.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.

Bersambung babak kedua, JDT tidak memberikan banyak peluang kepada lawan apabila segera menambah gol ketiga hasil jaringan Heberty.

Advertisements

Lion City kelihatan bergelut untuk mempamerkan persembahan sebenar dengan barisan pertahanan JDT cukup berdisiplin beraksi di laman sendiri.

Gol keempat tuan rumah hadir di saat Lion City kelihatan lesu untuk melawan menerusi satu ledakan cantik pada minit ke-69 sekali lagi menerusi Juan Muniz.

Keputusan akhir menyaksikan JDT meraih kemenangan 4-0 ke atas Lion City Sailors.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram