Persiapan pasukan gergasi Eropah, Jerman untuk aksi Kumpulan E seterusnya terganggu akibat kehadiran ular berbisa di padang latihan mereka.
BBC Sport melaporkan isu ular berbisa membelenggu beberapa pasukan yang berpangkalan di negeri North Carolina, Amerika Syarikat (US). Ular copperhead dianggap antara ular berbisa yang ada di negeri berkenaan.
Isu sama juga yang mendorong Switzerland melabel beberapa kawasan sebagai kawasan ular di tempat latihan mereka sebelum saingan Piala Dunia 2026.
Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich menyifatkan situasi ini merisaukan para pemain terutama dari segi keselamatan.
“Kami ternampak seekor ular semalam, kami diberitahu ia berbisa. Jika anda dipatuk, anda perlu pergi ke hospital.
“Saya rasa anda tidak akan mati tetapi ia sememangnya berbahaya. Saya rasa jika anda terpijak ular seperti itu, ia boleh berakhir dengan teruk.
“Itulah sebabnya kami cuba menjaga jarak kami dengan haiwan di sini. Saya menghormati penduduk di sini. Di Jerman, saya rasa tidak banyak haiwan berbahaya,” katanya.
Sentimen sama dikongsi kapten Norway, Kristian Thorstvedt. “Saya tak gembira mendengar perkara itu,” katanya.
Jerman dijadual bertemu Ivory Coast pada 21 Jun untuk aksi kedua kumpulan.