Advertising
Pemain Kacukan Itali Perkuat Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain kacukan Itali kini berpeluang untui menunjukkan kemampuan sebenar apabila dipanggil ke kem Malaysia.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido.

Ad

Skuad muda negara akan memulakan kem latihan bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Dushanbe, Tajikistan bermula 21 hingga 29 September 2024.

Ad

Seramai 10 orang pemain JDT, 6 orang tonggak selangor dan beberapa pemain lain dari skuad muda Terengganu, Akademi Mokhtar Dahari, Melaka, Perak dan FC Osaka dalam senarai awal Malaysia B-19.

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada pemain kacukan Malaysia-Itali, Danish Pesenti yang turut berada dalam senarai panggilan tersebut.

Ad

Pemain berusia 19 tahun itu kini beraksi buat JDT III bermula musim ini setelah berkelana di Itali sebelum ini.

Ad

Laman Frfuturetalents sebelum ini telah berkongsi tentang identiti pemain kelahiran Itali yang beraksi bersama Arezano FC (Divisyen 6) ini.

Ad

Beliau beraksi secara pinjaman daripada kelab asalnya iaitu Vado FC yang bersaing dalam kancah Serie D musim ini.

Danish juga merupakan bekas pemain Akademi Sampdoria di Serie A selama 4 tahun bermula pada usia 8 hingga 12 tahun.

Pemain kelahiran Genoa, Itali itu menyertai 9 orang rakannya dari JDT untuk membawa cabaran negara bermula pada aksi jemputan empat penjuru di China iaitu menentang Uzbekistan B-21 pada Rabu, 4 September, China B-21 pada Sabtu, 7 September dan Vietnam B-21 pada Selasa, 10 September 2024.

Danish JDT Pemain Kacukan Itali Perkuat Malaysia
Johor Southern Tigers

Misi penting skuad muda Malaysia adalah aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2025 menyaksikan Malaysia akan menentang Oman pada 21 September, DPR Korea pada 23 September, Tajikistan pada 27 September dan Sri Lanka pada 29 September 2024.

Kesemua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Republican Central, Dushanbe.