Jaguh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendapatkan khidmat pemain warisan kacukan Itali, Danish Pesenti.
Pemain berusia 19 tahun itu dikesan beraksi bersama skuad muda Harimau Selatan dalam aksi Piala Presiden 2024 menentang Sabah.
JDT III berjaya merakamkan kemenangan besar 5-0 dalam satu aksi di Stadium Pasir Gudang, Johor dengan Daniel memainkan watak penting di atas padang.
Laman Frfuturetalents sebelum ini telah berkongsi tentang identiti pemain kelahiran Itali yang beraksi bersama Arezano FC (Divisyen 6) di sana.
Beliau beraksi secara pinjaman daripada kelab asalnya iaitu Vado FC yang bersaing dalam kancah Serie D musim ini.
Perancang tengah berbakat ini dikesan memiliki darah Malaysia menerusi ibunya yang merupakan warganegara manakala bapanya merupakan orang Itali.
Danish juga merupakan bekas pemain Akademi Sampdoria di Serie A selama 4 tahun bermula pada usia 8 hingga 12 tahun.
Pemain ini sudah berada dalam pasukan JDT III sejak awal Jun 2024 ketika aksi menentang KL City FC.