Belanja RM2 Juta, FAM Harap Piala Presiden Bantu Lonjak Prestasi Pasukan Kebangsaan
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membelanjakan RM2 Juta bagi mengajurkan kejohanan bawah umur seperti Piala Belia dan Piala Presiden 2024.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd. Firdaus Mohamed berkenaan hala tuju bola sepak bawa umur di Malaysia.

Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) berharap agar perkembangan positif dapat ditingkatkan untuk membantu pasukan kebangsaan.

Advertisements

“Setiap tahun kita anjurkan Piala Presiden dan Piala Belia, tetapi saya ingin melihat prestasi pasukan yang beraksi bawa umur ini meningkat. Minta maaf cakap, kita tidak dapat lagi melihat pasukan di peringkat belia ini dapat melonjakkan prestasi pasukan kebangsaan.”

“Saya berharap, pasukan yang bertanding jangan cepat rasa selesa. Kita kena pastikan bahawa mutu setiap pasukan di peringkat belia ini ditingkatkan.”

FAM juga telah membelanjakan sekitar RM2 Juta bagi pengajuran ketiga-tiga kejohanan besar ini untuk terus mencungkil bakat muda tempatan.

Advertisements

“Kita membelanjakan RM2 Juta bagi penganjuran Piala Presiden, Piala Belia dan termasuk Liga Wanita Nasional 2024.”

Untuk saingan Piala Presiden, 16 pasukan bakal mengambil bahagian termasuk juara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III dan naib juara, Negeri Sembilan FC.

Selepas bergelar juara pada tahun lepas, JDT III ditempatkan dalam Kumpulan A bersama Sabah FC, Melaka FA, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16, Terengganu FC III, Kuala Lumpur City FC, Melaka FA, Perak FC III dan Kelantan FA.

Advertisements

Sementara skuad Rusa yang bergelar naib juara musim lepas berada dalam Kumpulan B. Kumpulan sama turut mengandungi Selangor FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kelantan United FC, Sri Pahang FC, PDRM FC, Kuching City FC dan Penang FC.

Untuk saingan Piala Belia pula, 18 pasukan termasuk juara, Selangor dan naib juara, JDT IV bakal memeriahkan kejohanan musim ini.

Saingan kumpulan kedua-dua kejohanan bakal menggunakan format format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram