Piala Presiden & Piala Belia Hangatkan Musim 2024
Liga M3
FA Malaysia
Advertisements

Saingan Piala Presiden dan Piala Belia bakal menghangatkan saingan bola sepak untuk tahun 2024.

Untuk saingan Piala Presiden, 16 pasukan bakal mengambil bahagian termasuk juara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III dan naib juara, Negeri Sembilan FC.

Selepas bergelar juara pada tahun lepas, JDT III ditempatkan dalam Kumpulan A bersama Sabah FC, Melaka FA, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16, Terengganu FC III, Kuala Lumpur City FC, Melaka FA, Perak FC III dan Kelantan FA.

Advertisements

Sementara skuad Rusa yang bergelar naib juara musim lepas berada dalam Kumpulan B. Kumpulan sama turut mengandungi Selangor FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kelantan United FC, Sri Pahang FC, PDRM FC, Kuching City FC dan Penang FC.

Untuk saingan Piala Belia pula, 18 pasukan termasuk juara, Selangor dan naib juara, JDT IV bakal memeriahkan kejohanan musim ini.

Selangor yang menggondol gelaran juara Piala Belia buat kali keempat pada musim lepas bakal berada dalam Kumpulan A.

Advertisements

Selain Merah Kuning, kumpulan itu turut disertai Kelantan FA, Kelantan United FC, Sri Pahang FC, Kuala Lumpur City FC, Sabah FC, Melaka FA, Negeri Sembilan FC dan Perlis United FC.

Sementara ubi muda Harimau Selatan pula berada dalam Kumpulan B bersama Perak FC IV, Terengganu FC IV, Penang FC, Kedah Darul Aman FC, Akademi Mokhtar Dahari Bawah 16, PDRM FC dan Kuching City FC dan Touchtronics FC.

Saingan kumpulan kedua-dua kejohanan bakal menggunakan format format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos ini.

Advertisements

Pemilihan tempoh tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan Piala Presiden dan Piala Belia akan layak ke suku akhir.

Pasukan-pasukan yang berjaya melepasi pusingan tersebut seterusnya akan mengharungi peringkat separuh akhir dan final secara timbal balik.

Advertisements

Kesemua peringkat ini dijangka berlangsung pada September dan Oktober depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram