Pemain Kacukan Norway & Australia Perkuat Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Pemain kacukan Norway dan Australia terima panggilan untuk membantu cabaran skuad muda Malaysia.

Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera telah mengumumkan senarai 25 pemain berbakat Malaysia untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-16.

Kem dijangka bermula pada Isnin, 7 Oktober 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Vientiane, Laos yang akan berlangsung pada 21 hingga 28 Oktober 2024 ini.

Seramai 9 orang pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) serta 10 tonggak muda JDT mendominasi senarai tersebut dengan beberapa pemain lain turut mendapat tempat.

Antara pemain tumpuan dalam skuad Malaysia B-16 ialah dua pemain kacukan yang berkelana di luar negara iaitu Kim Johan (Fotballklubben JERV, Norway) dan juga Kaveen Waran (Perth).

Pemain berusia 15 tahun itu memiliki ketinggian 1.84 meter dan beraksi buat FK Jerv iaitu sebuah kelab yang beraksi di divisyen kedua Norway.

Beliau lahir di Malaysia dan dibesarkan di Penang dengan ibunya merupakan orang Malaysia manakala bapanya berasal dari Norway.

Kaveen Waran pula merupakan penjaga gol berbakat yangberaksi buat Perth Soccer Club dan layak untuk mewakili sama ada Australia dan juga Malaysia.

Skuad Harimau Malaya B-16 akan memulakan kem latihan pusat bermula 7 hingga 21 Oktober 2024 di Pasir Gudang, Johor. 

Pemain dijangka akan berlepas ke Vientiane, Laos pada Isnin, 21 Oktober 2024 dengan aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-17 2025 ini dengan perlawanan pertama menentang Lubnan pada Rabu, 23 Oktober 2024.