“Pemain Malaysia Dalam Skuad Sedikit Malang”
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap lincah Malaysia, Faisal Halim menzahirkan rasa simpati dengan barisan pemain yang dipanggil bagi tugasan negara kali ini.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat skuad kendalian Kim Pan-gon terutamanya ketika membantu skuad kebangsaan di Piala Asia 2023 tempoh hari.

Beliau ketika ini bersama barisan pemain negara sedang menjalani persiapan memasuki hari ke-4 latihan kem kebangsaan di Wisma FAM bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Advertisements

Katanya, para pemain yang dipanggil beraksi dalam skuad kali ini sedikit bernasib malang apabila tiada aksi kompetitif untuk membantu para pemain mengekalkan kecergasan.

“Benda ini biasa. Kadangnya waktu itu tidak kena dengan perlawanan kita. Walau bagaimanapun, sebagai pemain kita harus bersedia dalam apa jua situasi.”

“Pemain yang menyertai kem kali ini saya boleh katakan sedikit malang kerana situasi yang kita lalui ketika ini sedikit sukar. Intensiti latihan dalam dua hari ini amat tinggi, kami faham kerana tiada perlawanan yang ditempuhi.”

Advertisements

Pemain sayap Selangor ini juga muncul pemenang jaringan terbaik di Piala Asia 2023 yakin dirinya masih sama sambil memberi kredit kepada rakan sepasukan atas perjuangan hebat di Qatar.

“Anugerah yang saya menang (gol tercantik Piala Asia) itu pun hasil kerja keras rakan sepasukan dan undian rakyat Malaysia. Saya hanya lakukan apa yang saya mampu.”

“Jaringan itu tidak bermakna saya pemain terbaik dalam pasukan tetapi memberi petanda bahawa pasukan kita mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia,” ujarnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisements

Pada dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tahun lalu, Faisal Halim juga telah membantu skuad Harimau Malaya meraih dua kemenangan menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Malaysia akan bertemu Oman dalam dua aksi pada 22 dan 26 Mac 2024 dengan sasaran memeperoleh mata menentang pasukan ke-80 dunia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram