Pemain nombor 11 Jordan mula dikaitkan oleh penyokong sebagai sasaran terbaru Selangor FC.
Gergasi Merah sebelum ini sudah pun melengkapkan perpindahan penyerang kebangsaan Jordan iaitu Ali Olwan baru-baru ini.
Spekulasi baharu mula timbul apabila nama seorang lagi penyerang kebangsaan Jordan mula dikaitkan ke Selangor.
Menerusi satu hantaran oleh Selangor FC, penyokong mula menghidu bayangan awal yang diberikan oleh pasukan yang berkemungkinan bakal menjadi pemain baharu Selangor.
Kelibat bintang nombor 11 Jordan, Yazan Al-Naimat dilihat berada dalam paparan skrin Ronnie Fernandez yang berdiri di sebelah Ali Olwan.
Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini beraksi buat kelab Qatar, Al-Ahli SC namun kontraknya telah pun berakhir sejak 11 Ogos yang lalu.
Pasukan kendalian Nidzam Jamil kini diperkuatkan dengan kehadiran tiga tonggak Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh, Reziq Bani Hani dan juga Ali Olwan.
Selangor bakal beraksi dalam kancah AFC Champions League Two (ACL2) dan berada dalam Kumpulan H bersama Jeonbuk Hyundai, Muangthong United dan juga Dynamic Cebu.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi mengenai mana-mana pemain baharu yang mahu dibawa masuk oleh Selangor pada jendela perpindahan kedua.