Peledak berbisa Jordan, Yazan Al-Naimat berpotensi besar untuk mengikut rakan senegara, Ali Olwan ke Liga Super.
Pemain berusia 25 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Qatar, Al Ahli SC pada 11 Ogos 2024.
Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi bualan hangat selepas rakan senegara, Ali Olwan mula melangkah ke Liga Malaysia.
Ali sebelum ini beraksi di Qatar bersama Al-Shamal namun akhirnya membawa haluan ke Liga Malaysia.
Gandingan berbisa dua pemain ini menjadi bualan hangat di Piala Asia Qatar 2023 yang membawa Jordan ke pentas akhir sebelum tewas kepada tuan rumah.
Beberapa pasukan sudah mula dikaitkan menjadi destinasi penyerang lincah ini namun masih belum membuat keputusan setakat ini.
Selangor kini memiliki tiga pemain kebangsaan Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh, Reziq Bani Hani dan juga Ali Olwan.
Yazan sebelum ini membantu Al-Ahli dalam kempen Emir Cup 2024 dan merekodkan dua bantuan gol dalam satu penampilan.
Penyertaannya ke kancah Liga Super Malaysia bakal merancakkan lagi saingan musim 2024/25 namun masih belum ada pengumuman rasmi setakat ini.