Advertising
Pemain Singapura Dilarang Bercakap Dengan Media?
MakanBola
Singapore FA

Para pemain Singapura didakwa tidak dibenarkan untuk ditemu bual oleh media setelah perlawanan menentang Thailand pada Selasa.

Singapura dan Thailand bertemu dalam aksi ke-3 peringkat kumpulan di Stadium Nasional dengan kedua-dua pasukan telah mengumpul 6 mata dalam 2 perlawanan awal sebelum ini.

Ad

Pada aksi tersebut, Thailand tampil penuh cemerlang apabila bangkit mencetak empat gol termasuklah jaringan lewat oleh kapten, Peeradol Chamsaree untuk menewaskan Singapura 4-2.

Ad

Kekalahan ini sememangnya mengecewakan Singapura yang telah berusaha keras dan hampir mengejutkan juara bertahan itu apabila mendahului 2-0 di awal permainan menerusi Faris Ramli dan Shawal Anuar.

Setelah aksi tamat, sebuah laman berita TMSG tidak berpuas hati apabila para pemain tidak dibenarkan untuk ditemu bual di ruang Mixed Zone dan mempersoalkan keputusan itu.

Ad

“Walaupun pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Joseph Schooling berhenti di Mixed Zone semasa di Tokyo selepas gagal mara dari pusingan saringan.”

Ad

“Dia (Schooling) tetap berhadapan dengan media dan menjelaskan tindakannya,” ujar TMSG di laman Facebook.

Ad

“Mengapa FAS perlu memanjakan pemain-pemain selepas kekalahan? Apa peranan ketua pasukan? Keputusan siapa ini?” Soal laman berita itu lagi.

Perkara sama diluahkan oleh wartawan Singapura, Deepanraj Ganesan yang diberitahu bahawa pemain-pemain The Lions tidak dibenarkan untuk ditemu bual di ruang Mixed Zone.

“Tidak pasti keputusan siapa ini (agak pasti bukan keputusan pemain), tetapi media tempatan dimaklumkan pemain tidak akan memberikan temu bual di Mixed Zone selepas aksi hari ini,” tulis beliau di laman X.