Penyerang berbisa pasukan Tajikistan, Sharom Samiev meninggalkan padang dalam keadaan menangis teresak-esak selepas mengalami kecederaan hamstring dalam aksi suku akhir Piala Asia AFC.
Pemain berusia 26 tahun itu mengetuai jentera serangan skuad kendalian Petar Sergt berdepan Jordan yang kini dalam momentum terbaik selepas menewaskan Iraq.
Usaha menambah tekanan kepada pertahahan Jordan yang diketuai oleh Yazan Al-Arab tidak berhasil dalam tempoh 30 minit pertama.
Keadaan Tajikistan diburukkan apabila Samiev mengalami kecederaan ketika cuba melakukan gerakan balas pantas.
Beliau terbaring beberapa minit di atas padang sebelum terpaksa dipapah keluar oleh pasukan perubatan Tajikistan.
Para pemain kedua-dua pasukan bertindak segera untuk menenangkan pemain ini yang sedang menangis kerana tidak dapat meneruskan permainan di pentas tertinggi Asia.
Seorang lagi penyerang berbisa Tajikistan, Rustam Sairov dibawa masuk untuk terus menambah tekanan kepada anak didik Husein Ammouta.
Live: Tajikistan vs Jordan