“Pemain Tak Ada Duit Nak Sarapan, Tapi Masih Turun Berlatih”
MakanBola
Kuala Lumpur FA
Sponsors

Jurulatih Wilayah Persekutuan, Nidzam Adzha Yusof mendedahkan barisan pemainnya berdepan pelbagai dugaan dalam menggapai pingat emas SUKMA 2024.

Wilayah Persekutuan muncul pemenang pingat emas baru SUKMA 2024 dalam acara bola sepak selepas mengatasi Melaka di final dengan keputusan 2-1.

Ad

Wilayah Persekutuan meraih dua gol menerusi Harith Imran Hairee dan Nu’man Hakim Abd Rahman. Manakala Melaka terpaksa berpuas hati dengan satu gol menerusi Farish Ainun Aswadi.

Ad

Meskipun begitu, barisan pemain Wilayah Persekutuan diuji dengan masalah kewangan. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadiri latihan tanpa wang belanja untuk sarapan pagi dan makan malam.

Nidzam mengakui tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan para pemain berkenaan. Dan ini mendorong beliau dan barisan jurulatih Wilayah Persekutuan untuk memberi semangat kepada mereka agar berjaya di pentas SUKMA 2024.

Ad

“Pemain-pemain saya sanggup berkorban untuk capai sasaran. Mereka tinggalkan masalah kewangan dan turun berlatih juga. Memang mereka cakap tiada duit untuk datang latihan.

Ad

“Memang mereka cakap tiada duit, datang latihan tiada sarapan pagi (dan) tidak ada duit untuk makan malam. Jadi, saya terpaksa memberi tambahan motivasi.

Ad

“Kami para jurulatih terpaksa beritahu pemain-pemain, ‘Ini adalah masa depan awak, jangan putus asa. Teruskan perjuangan sehingga capai sasaran, ganjaran akan datang bila awak capai sasaran. ‘” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena.

Sebagai tanda penghargaan kepada usaha para pemain, pengurus pasukan, Syed Yazid Syed Omar menyediakan wang saguhati buat pasukan Wilayah Persekutuan.

Bagi Nidzam, kejayaan meraih pingat emas SUKMA 2024 memberi kepuasan bukan saja kepada para pemain tetapi juga barisan kejurulatihan.

“Alhamdulillah selepas mendapat pingat emas di SUKMA kali ini, saya dapat lihat kepuasan pemain. Kami di barisan kejurulatihan juga merasa puas dengan apa yang pemain-pemain bagi,” tambahnya.

Fokus Nidzam selepas ini ialah kembali mempersiapkan barisan pemain KL City FC Extension untuk saingan Piala MFL.