Advertising
Pemain Terkaya Dunia Berisiko Gantung But Lebih Awal
MakanBola
Ratchaburi FC

Pemain bola sepak terkaya di dunia dari Brunei Darussalam, Faiq Bolkiah berdepan risiko menggantung but lebih awal.

Ini selepas pemain tengah Ratchaburi itu mengalami kecederaan serius dalam aksi terbaru Thai League 1 membabitkan pasukan itu dan Police Tero baru-baru ini.

Ad

Faiq yang masuk menggantikan Chotipat Poomkaew pada separuh masa kedua hanya sempat beraksi selama enam minit.

Ad

Baginda kemudiannya dibentes oleh pemain pertahanan The Silver Shield Dragons sebelum terpaksa diusung keluar. Faiq kemudiannya digantikan oleh Korawich Tasa pada minit ke-54.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 1-0 buat Ratchaburi. Keputusan ini memperkukuh kedudukan keenam The Dragons dalam liga.

Ad

Pengurus pasukan, Thanawat Nithikanchana memberi jaminan Ratchaburi akan memberi sokongan kepada Faiq sepanjang tempoh baginda menjalani pemulihan.

Ad

“Hari ini ialah hari yang amat menyedihkan. Faiq mendapat kecederaan serius dari perlawanan semalam. Baginda akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Ad

“Tolong sokong Faiq. Ini adalah kecederaan besar pertamanya (dalam kariernya), tetapi kami akan menjaga Faiq dengan sebaik mungkin dan akan menunggu hari Faiq kembali dengan jersi oren bermain di hadapan kami lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Musim ini menyaksikan Faiq merekodkan 14 penampilan bersama Ratchaburi dan mencatat dua gol mengikut data Transfermarkt.