Nama bekas jurulatih Harimau Malaya, Mark Milligan dicanang sebagai calon berpotensi membimbing skuad kebangsaan Australia.
Laman Steel City Collective berkongsi khabar angin bahawa khidmat jurulatih Newcastle Jets itu diintai Football Australia sebagai calon pengganti Tony Popovic.
Laman sama turut mendedahkan badan induk bola sepak Australia itu telah mengadakan perbincangan dengan Milligan. Ini berdasarkan maklumat yang dikongsikan legenda Blackburn Rovers, Robbie Slater.
Sekiranya khabar ini benar, Milligan bakal kembali ke arena bola sepak antarabangsa buat kali kedua sebagai jurulatih.
Terdahulu, beliau menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Malaysia diketuai rakan senegara, Peter Cklamovski selama dua bulan pada 2025.
Milligan kemudiannya memikul tugas sebagai jurulatih The Jets pada Mei tahun sama. Antara pencapaian beliau ialah bergelar juara Australia Cup 2025 dan A-League Premiership 2025/26.
Kedudukan Popovic mula menjadi persoalan selepas beliau hanya memeterai kontrak dengan Football Australia sehingga Piala Asia 2027.
Memandangkan kejohanan itu ditangguhkan hingga Disember 2027 atas sebab keselamatan, status Popovic bersama Australia masih tidak diketahui.


