Pemain Vietnam Rebah Tiba-Tiba Setelah Dicuit Lawan
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Tindakan pemain Vietnam yang secara tiba-tiba menjatuhkan diri menjadi tular dan meraih perhatian para bola sepak Asia.

Perlawanan di antara Vietnam dan Kuwait pada awal pagi Khamis lalu menyaksikan beberapa insiden-insiden dan drama seperti layangan dua kad merah dan kesilapan mudah penjaga gol.

Namun begitu, satu kejadian yang aneh dilihat terjadi membabitkan pemain Vietnam, Nguyen Van Truong dan juga pertahanan tengah Kuwait, Youssef Al Haqan yang menjadi tular di media sosial.

Advertisements

Kejadian yang berlaku pada minit ke-50 itu berlaku di tepi padang ketika Nguyen Van Truong membiarkan bola menuju ke garisan keluar untuk lontaran ke dalam dan beliau melakukan gaya seperti mengacah untuk menyepak bola berkenaan.

Namun apabila bola sudah keluar, Youssef Al Haqan yang menjaga pergerakan Van Truong dengan gaya selamba menepuk lemah ke dada Van Truong lalu menyebabkan pemain Vietnam itu terkejut dan menggelupur jatuh seperti kesakitan.

Akibat daripada itu, pengadil, Abdulla Ali Al Marri dari Qatar tanpa teragak-agak melayangkan kad kuning buat Youssef Al Haqan dan memberikan sepakan percuma kepada Vietnam.

Advertisements

Para peminat yang menyaksikan perlawanan tersebut berasa pelik dengan aksi seakan lakonan pemain Vietnam tersebut dan ada yang tidak bersetuju dengan layangan kad kuning yang diberikan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Janoub itu, Vietnam berjaya meraih tiga mata setelah mencatatkan kemenangan 3-1 dalam aksi penuh drama dan panas hasil dua jaringan Vi Hao Bui dan Nguyen Van Tung manakala gol Kuwait disumbangkan Salman Mohammed.

Vietnam bakal berdepan cabaran Malaysia selepas ini pada Sabtu ini manakala Kuwait akan turun menentang naib juara edisi lalu, Uzbekistan pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram