Seorang pemain warisan Malaysia difahamkan bakal menjalani sesi percubaan bersama sebuah kelab Liga Super.
Umum mengetahui bahawa Malaysia memiliki ramai pemain warisan berbakat besar yang berkelana di Eropah.
Perjalanan mereka telah menarik minat beberapa kelab di Liga Super untuk memantapkan lagi pasukan bagi saingan musim baharu.
Menerusi beberapa sumber yang diterima MakanBola, seorang pemain warisan negara dilaporkan bakal terbang jauh dari Eropah untuk menjalani sesi percubaan di Malaysia.
Beliau merupakan antara prospek terbaik yang menempa nama di Eropah memilih untuk mencuba haluan baharu ke Malaysia.
Kelab yang bakal menjadi destinasi pemain tersebut juga masih menjadi tanda tanya tatkala jendela perpindahan pertama liga sudah pun ditutup.
Terdapat ramai pemain warisan yang telah beraksi sejak sekian lama di Liga Malaysia seperti Daniel Ting, Stuart Wilkin, Sam Somerville, Brendan Gan, Corbin-Ong, Matt Davies dan ramai lagi.
Situasi ini juga sudah pasti memberi kelebihan kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk menilai potensi pemain baharu bagi mewakili Harimau Malaya.