Pemain Warisan Malaysia, Dewsbury-Hall Jadi Rebutan Kelab EPL
MakanBola
Edited by FZ
Sponsors

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan berada dalam radar kelab besar Eropah, Chelsea FC.

Tonggak berusia 25 tahun itu memainkan peranan penting untuk membantu Leicester City menjulang trofi EFL Championship di bawah kendalian Enzo Maresca.

Ad

Pengendali kelahiran Itali itu bagaimanapun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu apabila bakal menyertai The Blues.

Ad

Usaha merevolusikan skuad muda Chelsea dijangka berterusan apabila tonggak tengah itu dilaporkan sudah lama berada dalam pantauan kelab London itu.

Menerusi beberapa laporan daripada Eropah, pemain akademi Leicester City itu kini sudah berada dalam radar beberapa kelab EPL seperti Arsenal, Man United, Brighton dan Chelsea.

Ad

Beliau telah menjaringkan 12 gol dan 14 bantuan gol dalam 44 perlawanan pada musim lalu.

Ad

Situasi luar jangkaan akibat kekangan kewangan yang dihadapi oleh Leicester City ketika ini membuka ruang untuk beberapa pemain bintang membawa haluan baharu.

Ad

Chelsea dijangka menjadi pilihan utama beliau bagi mengikut jejak langkah Maresca ke kelab tersebut nagi musim hadapan.