Malaysia Bakal Miliki Pemain Pertama Beraksi Di EPL?
Harimau Malaya
Leicester City FC
Advertisements

Malaysia berpotensi untuk memiliki pemain pertama yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai seorang lagi bakat yang dikesan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah Leicester City, Kiernan Dewsbury-Hall iaitu seorang bakat muda yang pernah menjadi tumpuan di EPL.

Advertisements

Pemain kelahiran Sepshed, Leicestershire itu baru berusia 25 tahun namun memiliki pengalaman luas dalam pentas bola sepak Eropah.

Beliau merupakan perancang tengah versatil yang boleh memainkan peranan sebagai penain tengah bertahan (DMF), pemain tengah (CM) dan juga pemain tengah menyerang (CAM).

Advertisements

Perkara ini disahkan oleh makciknya sendiri kepada laman Frfuturetalents mengenai pertalian darah daripada neneknya yang merupakan warganegara Malaysia.

Dewsbury-Hall kini dinilai pada tanda harga 30 Juta Euro bersamaan RM152 Juta sekaligus bakal menjadi pemain termahal Malaysia sekiranya impian ini menjadi kenyataan.

Advertisements

Beliau bakal menjadi pemain Malaysia pertama yang kembali beraksi di EPL susulan Leicester City bakal naik ke liga teratas Inggeris itu bagi musim baharu.

Sebagai rekod, Dewsbury-Hall sudah meledak 12 gol dan 14 bantuan gol dalam 43 penampilan di EFL Championship musim 2023/24 menurut data Transfermarkt.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat beberapa pemain yang memiliki pertalian darah dengan Malaysia seperti Ferdy Druijf dengan FAM mengesahkan sudah berhubung dengan pemain yang dimaksudkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram