Ireland kembali bangkit dalam kempen Liga Negara-Negara UEFA (UNL) apabila menewaskan Israel 3-0.
Aksi ini diselubungi kontroversi susulan tindak-tanduk kejam Israel yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Malah, ramai figura ternama Ireland mahu pasukan itu memboikot perlawanan berkenaan sebagai tanda menolak rejim tersebut.
Pada akhirnya, perlawanan diteruskan dengan Ireland memilih memakai lilitan lengan berwarna hitam bagi mengingati rakyat Palestin terutama yang berada di Semenanjung Gaza.
Pasukan itu juga enggan berjabat tangan dengan pemain Israel sebelum perlawanan. Pemain-pemain Ireland turut memilih menundukkan kepala ketika lagu kebangsaan dimainkan.
Sebaik perlawanan bermula, Ireland merobek gawang Israel sebanyak tiga kali pada separuh masa pertama. Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Troy Parrott membuka tirai jaringan pada minit ke-13.
Tiga minit kemudian, giliran Adam Idah mencetak nama sebagai penjaring. Jack Moylan memastikan kemenangan Ireland dengan gol ketiga pada minit ke-25.
Ireland kini mengalihkan kepada satu lagi aksi UNL menentang Austria pada awal Oktober ini.