Pemain Warisan Malaysia Sertai Chelsea
MakanBola
Leicester City
Sponsors

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan menyertai Chelsea bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris 2024/2025. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa pemain warisan Malaysia ini bakal beraksi semula dibawah kendalian Enzo Maresca. 

Ad

Pemain berusia 25 tahun itu akan melengkapkan ujian kesihatan sekaligus akan menandatangani kontrak sehingga bulan Jun 2026.

Ad

Chelsea akan membayar tanda harga Kiernan Dewsbury-Hall sebanyak £30 Juta kepada Leicester City selepas rundingan terakhir selesai hari ini.

Sebelum ini, Hall merupakan watak penting buat Enzo Maresca di Leicester City yang baru sahaja menjulang trofi EFL Championship 2024. 

Ad

Beliau juga menjadi rebutan beberapa kelab EPL seperti Brighton, Arsenal dan Manchester United sebelum memilih haluan ke Chelsea.

Ad

Dalam pada masa yang sama, bintang muda Chelsea, Michael Golding akan menyertai Leicester City dalam perjanjian yang lain dengan tandaharga £5 Juta.

Ad