“Pembangunan Yang Lebih Positif, Insya-Allah” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berharap agar pembangunan lebih positif berlaku melibatkan skuad kebangsaan.

Terdahulu, Tunku Ismail memaklumkan nama ketua jurulatih skuad utama dan bawah 23 tahun akan diumumkan pada 16 Disember selain kehadiran pasukan perubatan dan teknologi.

“Esok akan diumumkan berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan memberi impak kepada pasukan kebangsaan,” maklum Tunku Ismail.

Setelah itu, pengumuman berkenaan jawatan-jawatan seperti Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) dan juga Pengarah Teknikal bakal menyusul serta perbincangan untuk mengenai pemain warisan bersama wakil FIFA.

“Selepas ketua jurulatih selesai, akan diumumkan CEO dan pengarah teknikal dalam masa terdekat,” jelas Tunku Ismail dalam satu catatan Instastory.

“Ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain warisan berdarah Malaysia di luar negara.”

Tunku Ismail dalam satu kenyataan turut berharap supaya usaha ini dapat membawa kepada impak dan pembangunan yang lebih baik serta positif untuk masa akan datang.

“Pembangunan Yang Lebih Positif, Insya-Allah” tulis Tunku Ismail di laman X peribadi Baginda.

Skuad Harimau Malaya kini sedang melakukan persiapan bagi menghadapi aksi terakhir peringkat kumpulan Asean Mitsubishi Electric Cup menentang Singapura pada Jumaat.