Advertisements
Pemilihan Sergio Aguero Buat Kim Pan-gon Tersenyum
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan sebab memanggil Sergio Aguero pada saat akhir untuk membantu cabaran negara.

Pengendali berusia 55 tahun itu membuat keputusan untuk membawa tonggak Sri Pahang itu susulan hanya berjaya meledak satu jaringan ketika bertemu pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan.

Katanya, skuad negara merindui ketajaman penyerang nombor 9 dengan pemain kelahiran Argentina itu sememangnya berada dalam perancangan awal barisan kejurulatihan.

“Pada awalnya memang Sergio Aguero dalam perancangan namun terpaksa disisihkan kerana tidak cergas sepenuhnya. Akan tetapi, beliau sempat pulih dan berada dalam keadaan terbaik ketika ini.

“Selepas pulih sepenuhnya, kini kami panggil dia semula. Kami mahukan jaringan yang banyak dan kami panggil kesemua penyerang yang berkualiti. Saya juga melihat bahawa Aguero sudah cergas sepenuhnya daripada kecederaan. 

Kehilangan beberapa tonggak utama pada jentera serangan skuad negara menyebabkan bekas pemain Penang ini dipanggil untuk membantu pasukan.

“Sekarang, kita hanya perlu lihat sejauh mana dia (Aguero) boleh membantu kita untuk memaksimumkan keseluruhan jentera serangan yang kita miliki sekarang,” kata Pan Gon ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya. 

Reaksi Pan-gon ketika ditanyakan soalan tersebut membuktikan bahawa keyakinan penuh diberikan terhadap para pemainnya untuk memberikan yang terbaik di atas padang.

Aksi Malaysia dan Chinese Taipei akan berlangsung pada 11 Jun 2024 jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).