Pemilik Melaka United Salahkan MFL
Dunia
Cakap Sukan
Advertisements

Susulan keputusan Malaysian Football League (MFL) kekal dengan pendirian menolak permohonan Melaka United untuk mendapatkan lesen kebangsaan bagi beraksi dalam Liga Super musim depan, ia menimbulkan rasa tidak puas hati pemilik kelab itu, Datuk Wira Justin Lim.

MFL pada Selasa mengumumkan bahawa rayuan dikemukakan oleh Melaka United ditolak, setelah permohonan awal mereka sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi kriteria kewangan.

Kelab yang saban tahun berdepan dengan masalah tunggakan gaji itu, dilaporkan mempunyai tunggakan gaji terkini selama beberapa bulan selain tunggakan caruman KWSP dan LHDN, selain gagal untuk meyakinkan Badan Pelesenan Kelab mengenai kedudukan kewangan mereka musim depan.

Advertisements

Pada ketika keputusan MFL ini dianggap tepat oleh warga bolasepak tanah air, selain mengharapkan ia menjadi pengajaran kepada pasukan lain agar tidak bersikap sambil lewa di dalam menguruskan kelab, Justin Lim pula menyuarakan pendapat sebaliknya.

“Saya berpendapat bahawa keputusan ini hanya akan menjejaskan lagi masa hadapan kelab bola sepak Melaka kerana pasukan ini sudah tiada lagi punca pendapatan jika tidak beraksi di Liga Malaysia.

“Apatah lagi buat masa ini terdapat pelabur-pelabur dan kesatria putih yang berminat untuk membeli Melaka United FC untuk menyelamatkan kelab bola sepak Melaka. Malang sekali, keputusan MFL ini mungkin akan memberi impak yang sebaliknya yang mana akan menjejaskan lagi masa hadapan pekerja-pekerja dan pegawai-pegawai.

Advertisements

“Walaupapun, kami telah melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mendapatkan lesen dan dari keputusan ini kami akan menilai semula keseluruhan situasi sebelum mengumumkan hala tuju kelab dalam masa terdekat”, ujar Justin Lim yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC.

Sebagai rekod, Melaka United sebelum ini pernah terhumban ke saingan Liga FAM (kini dikenali Liga M3) pada 2011 dan selepas beraksi selama lima musim, mereka kembali ke Liga Premier pada 2016, sebelum layak ke Liga Super semusim selepas itu.

Begitupun sejak bermain di Liga Super pada 2017, kelab ini tidak pernah lari daripada masalah kewangan meskipun telah silih berganti pucuk pimpinan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram