Peminat Beri Sokongan Moral Buat Najmudin Akmal
MakanBola
FA Malaysia

Penyokong bola sepak Malaysia menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pemain sayap muda negara, Najmudin Akmal Kamal Akmal.

Pemain sayap berusia 21 tahun diberi peluang oleh pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior.

Ad

Najmudin berada dalam kesebelasan utama dalam aksi kedua Kumpulan A ASEAN Championship 2024 menentang Timor Leste.

Ad

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) II beraksi selama 61 minit sebelum dikeluarkan oleh Pau Marti. Najmudin digantikan oleh pemain sayap KL City FC, Haqimi Azim Rosli.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 3-2 buat Harimau Malaya. Dua gol kapten KL City, Paulo Josue memastikan Malaysia meraih kemenangan pertama Kumpulan A.

Ad

Sebilangan penyokong berpandangan anak jati Kuala Lumpur itu belum menunjukkan prestasi baik di atas padang tatkala ini merupakan kali pertama beliau beraksi buat skuad senior.

Ad

Atas sebab itu, penyokong yang dikenali sebagai Akoudin Shane berharap Najmuddin tidak patah semangat dan kembali bangkit selepas ini.

Ad

“Belum mencapai tahap sebenar. Mungkin beliau gugup dalam permainan yang mempunyai intensiti tinggi. Teruskan perjuangan!” katanya di ruang komen Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Seorang lagi penyokong bernama Alexander Leonardo turut senada dengan Akoudin. Dia merasakan Najmudin patut diberi peluang memandangkan usianya masih muda.

“Pertama kali mewakili (skuad) senior dan masih muda. Bagi dia peluang, semoga selepas ini semakin jadi lebih baik, buktikan kamu layak menyarung jersi Harimau Malaya,” katanya.

Seorang penyokong lain bernama Merul Adam menganggap apa yang berlaku bukan hari terbaik buat Najmudin. Dia berharap situasi itu dapat mendorongnya menjadi lebih baik.

“Bukan hari terbaik anda, Najmudin. Saya percaya jika anda terus bekerja keras, percayakan diri anda dan raih lebih banyak pengalaman, anda mampu capai tahap terbaik anda tidak lama lagi. Pandang ke depan dan bangkit!” katanya.

Kudrat Najmudin dijangka ditagih Pau Marti untuk aksi ketiga Kumpulan A menentang Thailand pada 14 Disember ini.