Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melayani sambutan hangat yang diterimanya tatkala pasukannya kini berada di Indonesia.
The Red Giants ke Aceh bagi satu aksi persahabatan bertemu Persiraja Banda Aceh.
Perlawanan antara finalis Piala Malaysia 2022 menentang pasukan Liga 2 Indonesia itu berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Selangor FC, 3-0.
Faisal memainkan watak penting apabila menjaringkan satu gol sekaligus memastikan aksi cemerlang ditampilkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe.
Beliau bagaimanapun sempat menyantuni para peminat ciliknya di sana apabila melayani permintaan mereka untuk bergambar.
Malah, pemain berusia 25 tahun itu sempat meminta mereka agar melakukan gaya sambutan gol ‘siuu’ sebelum bergambar.
Peminat cilik itu juga memberitahu bahawa beliau sering mengikuti perkembangan Faisal di Malaysia.
Kemesraan yang ditonjolkan oleh Faisal disenangi oleh para peminat di sana yang berpeluang melihat aksi pemain bintang Selangor secara dekat.
Bekas pemain Terengganu ini tersenarai dalam 25 orang pemain yang bakal dibawa Kim Pan-gon ke China bagi aksi persahabatan FIFA September ini.