Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Safawi Rasid akan melakukan penampilan Istimewa di RTM dalam program bual bicara ‘Misi Doha’.
Siaran langsung program bual bicara khas sempena Piala Asia Qatar 2023 yang bertajuk Misi Doha itu akan disiarkan pada jam 9 malam esok (Jumaat).
Selain Datuk Hamidin dan Safawi Rasid yang bersiaran dari Qatar, dua orang bekas pemain kebangsaan iaitu Syed Adney Syed Hussein dan Lim Chan Yew turut akan menyertai program tersebut yang dihoskan oleh Tengku Amril Nurman.
Para penyokong Harimau Malaya berpeluang mengetahui info semasa skuad kebangsaan Malaysia di Qatar dan berita-berita penting yang akan dikongsikan dalam program tersebut.

Skuad kebangsaan Malaysia kini berbaki 5 hari lagi sebelum memulakan aksi pertama Piala Asia menentang pasukan Jordan di Stadium Al Janoub.
Sebelum ini pasukan Malaysia telah mengaturkan sebuah perlawanan persahabatan menentang Syria yang menyaksikan Malaysia berjaya mengikat Syria 2-2.
Pasukan Malaysia turut berpeluang mengadakan sesi meet & greet bersama penyokong Harimau Malaya di Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar.