Penang Hampir Pintas Kedudukan Ulsan
MakanBola
PFC/UCFC

Kelab Liga Malaysia, Penang FC mencatatkan peningkatan dan berpotensi untuk memintas kedudukan Ulsan.

Skuad kendalian Akmal Rizal kini menghuni tangga ke-10 dengan dua kemenangan selepas 11 perlawanan yang diharungi.

Ad

The Phanters bagaimanapun mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking kelab berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst.

Ad

Penang kini menghuni tangga ke-423 Asia ketika ini (3815 dunia) dengan mengumpul 3815 mata dan berada pada kedudukan lebih baik berbanding kelab Malaysia seperti Kuching City (424), Negeri Sembilan (427) dan juga Melaka (479).

Kedudukan terkini pasukan Utara tanah air itu kini berjaya menghampiri pasukan Korea, Ulsan Citizen yang menghuni tanggga ke-421.

Ad

Ulsan Citizen beraksi di K-League 3 dan menghuni tangga ke-11 dengan 8 kemenangan selepas 28 aksi yang diharungi.

Ad

Kelab terbaik Malaysia kekal menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menghuni tangga ke-5 Asia dan kelab nombor satu di Asia Tenggara.

Ad

Sri Pahang akan menjadi lawan Harimau Kumbang bagi aksi ke-12 Liga Super pada 20 Oktober 2024.