Penantian penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun terjawab.
Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain yang dimaksudkan itu ialah Christian Abad Amat.
Penjaga gawang muda itu menjadi tonggak ketiga yang menyertai skuad Harimau Selatan daripada kelab Sepanyol, Elche CF.
Sebelum ini, JDT telah pun mengumumkan ketibaan dua tonggak baharu iaitu Park Jun-heong dan juga Enzo Lombardo.
JDT tampil dengan kejutan apabila mengumumkan ketibaan penjaga gawang berusia 18 tahun ini untuk membawa cabaran pasukan.
Beliau juga pernah beraksi buat skuad muda Valencia dan juga CD Alcoyano sebelum membawa haluan baharu ke Elche CF.
Abad Amat menyertai Akademi Valencia pada usia 10 tahun dan kekal menjadi sebahagian daripada kelab hingga usianya mencecah 15 tahun sebelum dipinjamkan ke CD Alcoyano.
Beliau beraksi selama dua musim di skuad muda Elche CF dan beraksi dalam 22 daripada 29 perlawanan pada tahun 2023.
Christian Abad Amat akhirnya membawa diri ke Liga Malaysia bagi membantu skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25.