Perbandingan saham dua tonggak berharga Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jalil Elias dan Enzo Lombardo mencuri tumpuan.
Laman Johor Southern Tigers baru sahaja mengumumkan ketibaan pemain sayap lincah Perancis, Enzo Lombardo dari kelab La Liga 2, SD Huesca.
Tumpuan peminat terarah apabila beliau memperagakan jersi nombor 7 dalam sesi video pengenalannya sekaligus mencetuskan tanda tanya.
Menurut laman Transfermarkt, Enzo Lombardo kini memiliki nilai pasaran sekitar 400,000 USD (RM1.86 Juta) dan bakal menjadi antara salah seorang pemain termahal JDT.
Nilai ini bagaimanapun tidak mampu untuk mengatasi kedudukan pemain paling bernilai JDT yang menjadi milik Jalil Elias pada musim ini.
Perancang tengah Syria itu berhijrah dari kelab Argentina, San Lorenzo ke JDT pada musim 2024/25 namun hanya melakukan satu penampilan sahaja.
Jalil dinilai pada tanda harga 3 Juta USD (RM13.95 Juta) dan menjadikannya pemain termahal Harimau Selatan ketika ini.
Status beliau bersama JDT masih menjadi tanda tanya selepas nombor jersinya telah diberikan kepada Enzo Lombardo.
Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bakal bermula Ogos ini dengan beberapa import pemain bakal meninggalkan pasukan dengan pengumuman pemain baharu kali ini.