Advertising
Penantian Rakyat Malaysia Bakal Berakhir
MakanBola
FA Malaysia

Penantian rakyat Malaysia untuk melihat skuad terbaru Harimau Malaya bakal berakhir.

Pasukan kendalian Pau Marti bakal meneruskan perjuangan dalam saingan ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.

Ad

Skuad negara baru sahaja mengharungi kempen aksi antarabangsa Tier 1 FIFA dengan cemerlang selepas menundukkan Laos dan juga mengikat pasukan ke-125 dunia, India.

Ad

Malaysia akan berdepan satu lagi ujian Disember ini dengan dijangka terdapat beberapa muka baharu yang bakal dipanggil untuk membantu cabaran negara.

Indonesia dan Thailand telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang dibawa bagi menghadapi AMEC manakala Malaysia masih berteka-teki.

Ad

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran memaklumkan bahawa pengumuman mengenai barisan 26 orang pemain bakal diumumkan tidak lama lagi.

Ad

“Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan menentang Kemboja bagi aksi pertama Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, 8 Disember.

Ad

“Nantikan pengumuman senarai 26 pemain tidak lama lagi,” ujar FAM.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam memberi bayangan bahawa akan ada gabungan pemain baharu dalam skuad Piala ASEAN kali ini.

“Skuad B-23 negara campuran pemain senior yang dapat pelepasan dijangka jadi taruhan ke Piala ASEAN 2024.

“Hal ini susulan baki saingan Liga Malaysia musim ini tetap akan diteruskan ketika Piala ASEAN berlangsung bermula 8 Disember depan,” katanya.

Malaysia bakal bertemu Kemboja pada aksi pembukaan dengan ujian sebenar adalah menentang Thailand pada aksi ketiga kumpulan.