Pendedahan sebenar kos bagi membawa masuk teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Super amat mengejutkan.
Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui di Wisma FAM oleh Cakap Sukan.
Liga Malaysia secara rasminya telah menggunakan VAR pada aksi pertama musim 2024/25 selepas mendapat kelulusan oleh FIFA.
Sungguhpun terdapat beberapa kekangan dalam dua aksi awal Liga Super, MFL tetap optimis segala masalah akan selesai dengan baik namun masih memerlukan masa.
Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan memaklumkan isu teknikal memang akan timbul apabila melaksanakan sistem VAR dalam Liga Malaysia (Liga M).
“Itu memang ada masalah teknikal. Ini memang kita sudah agak. Itu tidak berlaku semasa pra-musim tetapi semasa liga berjalan.
“Itu sudah dimaklumkan Datuk Stuart Ramalingam (CEO MFL) dari awal bahawa ada kemungkinan berlaku perkara-perkara dari segi teknikal. Itu yang berlaku di Temerloh dan Sabah,” katanya kepada MakanBola.
Hamidin turut memaklumkan bahawa kos yang digunakan oleh membawa masuk VAR ke Liga Malaysia mencecah jutaan ringgit.
“Kalau tak salah saya RM6-8 Juta secara keseluruhan meliputi kursus dan sebagainya bagi satu tahun.
Hamidin juga tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkan tahap VAR kepada pakej lebih baik sekiranya memiliki kewangan yang lebih baik.
“Bila sampai masa dan ada kemampuan, kita akan tingkatkan tahap VAR di Liga Malaysia,” jelasnya kepada Cakap Sukan.
Aksi kedua Liga Super 2024/25 bakal diteruskan pada 17 hingga 19 Mei 2024 tatkala setiap pasukan bersemangat untuk memburu kejuaraan musim ini.