Penemuan pemain kacukan terbaru Malaysia bernilai RM22.5 Juta beraksi di England.
Baru-baru ini, laman Frfuturetalents mengeluarkan senarai panjang pemain yang berpotensi untuk mewakili Harimau Malaya seperti Josh Brownhill, Zien Flemming dan juga Iggy Houben.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pemain lain yang memiliki pengalaman beraksi dalam kancah bola Eropah dengan pemain terbaru yang disebut-sebut ialah tonggak Stoke City, Ben Wilmot.
Pemain berusia 25 tahun itu beraksi di Championship selaku pertahanan tengah dan merupakan bekas pemain akademi Stevenage sebelum berhijrah ke Watford, Swansea dan juga Udinese.
Beliau telah melengkapkan perpindahan ke Stoke City pada tahun 2021 dan merupakan bekas pemain pasukan kebangsaan England B-21.
Menerusi laporan oleh Frfuturetalents, Ben merupakan pemain kacukan Malaysia kerana memiliki pertalian darah menerusi neneknya yang berasal dari Malaysia.
Beliau telah beraksi sebanyak 16 perlawanan pada musim ini dan berjaya merekodkan satu jaringan sahaja namun mengumpul 127 kaps bersama Stoke City sejak tiga musim lalu.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status sebenar pemain ini daripada badan rasmi seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang pemain yang dimaksudkan ini.
Ujian terbaru Harimau Malaya adalah aksi Piala Mitshubishi Electric ASEAN yang bakal bermula pada 8 Disember ini menentang Kemboja.