Pengadil Malaysia, Razlan Joffri Ali dipilih sebagai pengadil untuk aksi Super League antara Borneo FC dan Persib Bandung.
Bandung Football melaporkan nama Razlan dipilih Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk perlawanan berkenaan.
Pemilihan pengadil asing seperti Razlan dilihat sebahagian daripada usaha PSSI memantapkan mutu pengadilan liga Indonesia terutama untuk aksi-aksi penting.
Anak jati Terengganu itu bukan asing dengan tugasan sebagai pengadil atau pegawai VAR dalam saingan liga luar negara.
Ini kerana Razlan pernah menjadi pengadil untuk saingan V. League 1. Beliau juga pernah diberi tugas sebagai pegawai VAR untuk final Vietnamese Cup musim 2024/25.
Selain V. League 1, Razlan juga pernah diberi peluang mengemudi perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) antara Sepahan dan Ahal FK pada 4 November 2025.
Beliau juga bertanggungjawab mengemudi aksi persahabatan antarabangsa antara Uruguay dan Republik Dominica pada Oktober 2025.