Pengalaman 5 Kelab Besar Haziq Puad Jadi Taruhan Melaka
MakanBola
Melaka FC
Sponsors

Kehadiran bek tengah berpengalaman, Haziq Puad memberi kelebihan kepada kelab Liga A1 Semi Pro, Melaka FC bila mengharungi musim 2024/25.

Haziq yang tiba secara pinjaman dari Perak FC pada 1 Februari lalu membantu menstabilkan pasukan menerusi pengalaman karier bola sepaknya sejak tahun 2012.

Ad

Bermula sebagai pemain Piala Presiden Perlis pada tahun berkenaan, Haziq kemudiannya beraksi untuk beberapa pasukan seperti UiTM FC (kini UiTM United), Sime Darby, Kelantan FC, Felda United, Perak dan Penang FC.

Ad

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu juga tidak berdepan masalah beradaptasi dengan pasukan yang dibimbing K. Devan itu. Ini kerana Haziq pernah mewakili Melaka United pada 2022.

Beliau bukan satu-satunya figura berpengalaman beraksi untuk Melaka. Selain beliau, pengalaman Nasir Basharudin, Fakhrullah Rosli, Khairul Anwar Shahrudin dan Hafiz Johar turut ditagih Devan.

Ad

Kehadiran mereka membantu Melaka kekal tanpa kalah dalam dua aksi awal Liga A1 Semi Pro. Melaka melakar kemenangan besar 4-1 ke atas PIB Shah Alam pada 1 Jun lalu.

Ad

Ini disusuli dengan keputusan seri tanpa jaringan yang diraih bila menentang Gombak FC pada 8 Jun lalu.

Ad

Pengalaman yang dimiliki Haziq dijangka ditagih untuk aksi Liga A1 Semi Pro seterusnya. Ini kerana Melaka bakal berdepan Bukit Tambun FC pada 22 Jun.