Advertising
Pengalaman Di Jepun Bantu Muhammad Khalil Sesuaikan Diri
MakanBola
Nakhon Pathom United

Pengalaman beraksi di Jepun selama enam bulan membantu Muhammad Abu Khalil menyesuaikan diri bersama pasukan barunya, Nakhon Pathom United.

Muhammad menyertai The King Tigers secara pinjaman dari Selangor FC sehingga akhir musim 2024/25. Sebelum itu, beliau menghabiskan tempoh pinjaman bersama kelab J3 League, FC Osaka.

Ad

Sepanjang tempoh bersama FC Osaka, pemain tengah berusia 18 tahun itu tidak membuat sebarang penampilan bersama pasukan itu.

Ad

Meskipun begitu, Muhammad cukup menghargai ilmu dan pengalaman yang ditimbanya semasa berada di Jepun. Ini kerana aspek itu membantunya menyesuaikan diri bersama Nakhon Pathom.

“Intensiti (permainan) di sana sangat tinggi dan ini membantu saya bermain dalam Thai League juga. Saya akan terus konsisten dalam aksi seterusnya,” katanya kepada SNE Sports.

Ad

Muhammad diberi peluang beraksi dalam aksi Thai League 1 menentang Bangkok United oleh jurulatih, Thongchai Sukkoki baru-baru ini.

Ad

Kemasukan beliau membantu The King Tigers mengikat Bangkok Angels 1-1 pada akhir perlawanan. Muhammad mengakui bukan mudah beraksi selepas lama tidak beraksi di Jepun.

Ad

Ini kerana intensiti perlawanan itu sangat tinggi. Justeru, Muhammad mahu segera menyesuaikan diri agar dapat membantu Nakhon Pathom kekal dalam liga.

“Bukan senang beraksi dalam perlawanan pertama kita untuk dapatkan keyakinan kita balik lepas saya tak main dalam tiga hingga empat bulan di Jepun.

“Alhamdulillah, intensiti saya amat tinggi. Saya kena adaptasi cepat untuk perlawanan seterusnya,” tambahnya.

Muhammad dan Fergus Tierney merupakan dua tonggak import Malaysia yang menyertai Nakhon Pathom United pada tetingkap perpindahan kedua Thai League 1.