Advertising
Fergus Tierney Percaya JDT Mampu Ungguli Liga Thailand
MakanBola
NPUFC/JST

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney berpandangan Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki keupayaan untuk mengungguli saingan Thai League 1.

Beliau berpandangan demikian selepas ditanya tentang pasukan mana yang paling kuat baik di Thailand mahupun di Malaysia.

Ad

Tierney yang beraksi secara pinjaman untuk Nakhon Pathom United pantas memilih JDT sebagai pasukan paling kuat dalam kedua-dua negara.

Ad

Ini kerana penyerang berusia 21 tahun itu melihat pasukan asalnya itu memiliki kekuatan untuk mengatasi cabaran pasukan-pasukan Thailand.

“Saya fikir pasukan paling kuat ialah JDT. JDT, kelab saya di Malaysia ialah satu pasukan yang kuat. Saya fikir Johor boleh menang kedua-dua liga,” katanya kepada SNE Sports.

Ad

Tierney turut berpandangan saingan liga Thailand lebih baik daripada liga Malaysia. Ini berdasarkan pengalamannya beraksi dalam liga kedua-dua negara.

Ad

“Tapi secara keseluruhannya, Thai League ialah liga yang lebih baik, itu sudah pasti,” ujarnya.

Ad

Tierney sudah merekodkan tiga penampilan bersama The King Tigers sejak menyertai pasukan itu pada awal Januari lalu.

Beliau disertai rakan sepasukan dalam skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Muhammad Abu Khalil. Muhammad menyertai Nakhon Pathom secara pinjaman dari Selangor FC hingga akhir musim ini.

Beliau diberi peluang membuat penampilan pertama dalam aksi liga menentang Bangkok United pada 20 Januari lalu.