Pengarah Sukan Liverpool Letak Jawatan Akhir Musim
Dunia
Fabrizio Romano
Advertisements

Liverpool dikejutkan dengan pengumuman pengarah sukan mereka, Julian Ward bakal meninggalkan Reds pada akhir musim. Ini selepas bekas peninjau bakat Tottenham itu telah menyerahkan notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada akhir musim ini. Hal ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Ward dipercayai meletak jawatan atas sebab peribadi. Tetapi dengan memastikan notis perletakan jawatannya berkuatkuasa sehingga akhir musim, ia takkan menjejaskan urusan perpindahan Liverpool pada musim perpindahan Januari. Ini kerana Ward mempunyai hubungan baik dengan ketua unit perpindahan pemain, Dave Fallows dan ketua peninjau bakat, Barry Hunter.

Selain itu, ini turut memberi peluang kepada Reds mengenalpasti calon-calon berpotensi sebagai pengganti Ward. Liverpool berkemungkinan bakal merekrut individu dari luar kelab sebagai pengganti jangka panjang untuk jawatan pengarah sukan mereka.

Advertisements

Walaupun berkhidmat sebagai pengarah sukan Reds selama semusim, Ward telah bekerja di Anfield selama lebih sedekad. Bermula sebagai pengurus pemain-pemain pinjaman, beliau kemudiannya menjadi pembantu pengarah sukan sebelumnya, Michael Edwards dalam mendapatkan pemain-pemain berkaliber untuk Liverpool.

Gandingan mereka bertanggungjawab merealisasikan perpindahan pemain berpotensi hebat seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Alisson dan Virgil van Dijk. Selepas Edwards meninggalkan kelab pada musim lepas, peranan pengarah sukan Reds digalas pula oleh Ward.

Ward bukan saja mempunyai hubungan baik dengan pemilik Reds, FSG. Malah, beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan pengurus Jurgen Klopp. Disebabkan hubungan ini juga, bekas pengurus Borussia Dortmund itu bersetuju menyambung kontrak dengan Liverpool sehingga 2026.

Advertisements

Berita ini muncul tatkala kelab berdepan ketidaktentuan selepas FSG mengumumkan hasrat untuk menjual kelab berkenaan beberapa minggu sebelumnya. FSG dikatakan terbuka dengan penjualan kelab sepenuhnya atau sebahagian saham pemilikan bagi menyuntik pelaburan baru dalam Liverpool.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram