Liverpool Untuk Dijual Pada Harga Murah
Dunia
Liverpool FC
Advertisements

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group mencipta kejutan dengan mengisytiharkan kelab Merseyside itu akan dijual dan bersedia menerima tawaran pembeli yang berminat.

Berkuasa sejak Oktober 2010 selepas mengambil alih kelab daripada Tom Hicks dan George Gillett, FSG melihat ini masa paling tepat untuk pemilik baru menguruskan Reds.

Dalam satu kenyataan, FSG berkata, “FSG telah menerima banyak permohonan daripada pihak ketiga yang berminat menjadi pemegang saham Liverpool.

Advertisements

“FSG telah beberapa kali menekankan jika itu berlaku mengikut terma dan syarat yang bersesuaian serta menjaga kepentingan Liverpool, maka ia boleh dipertimbangkan.”

Di bawah pengurusan FSG, Reds menikmati banyak kejayaan termasuk menjulang EPL pada musim 2019/2020 dan Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019.

FSG berharap nilai jualan Liverpool dapat menyamai nilai jualan Chelsea sebanyak £4.25 bilion (RM23.35 bilion) semasa ia dibeli oleh konsortium diketuai Todd Boehly pada musim panas lepas.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram