Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pengarah teknikal pasukan Sabah FC, Scott Ollerenshaw jelas kehairanan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain. sayap Selangor FC, Faisal Halim.

Advertisements

Beliau telah pun memuat naik satu kenyataan sebagai respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain berusia 25 tahun itu baru-baru ini.

Youtube: MakanBola

Bintang bertubuh kecil itu ada memberitahu bahawa beliau jelas kurang senang dengan cara perlawanan di Stadium Likas berlangsung.

Advertisements

Malah, Faisal tanpa berselindung menyatakan bahawa ada cubaan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan pasukan Selangor.

“Kita tahu ramai yang ingin menjatuhkan pasukan Selangor, ramai yang tak senang hati dengan pasukan Selangor. Tapi inilah bola sepak, kita perlu bermain dengan adil dan kita perlu ingat tentang kejujuran.”

Advertisements

Namun begitu, perkara ini mendapat respon daripada lagenda Sabah ini yang mahu pemain yang mesra disapa Mickey ini melihat semula apa yang diperkatakannya.

“Come on Mickey. Bagaimana pula kamu boleh menyatakan ramai yang ingin melihat Selangor jatuh hanya apabila kamu kalah.”

Advertisements

“Apa yang terjadi apabila kamu bermain kesemua perlawanan sebagai tuan rumah ketika bulan Ramadan? Siapa yang ingin menjatuhkan kamu? Tiada rungutan sekiranya perkara itu terjadi seperti yang kamu inginkan,” jelasnya dalam ciapan tersebut.

Pada perlawanan tersebut, Faisal berjaya meledak satu gol namun tidak cukup untuk membantu pasukannya memperoleh kemenangan.

Advertisements

Malah, insiden terjahan keras yang dilakukan oleh pertahanan Sabah, Rizal Ghazali juga mnejadi antara salah satu sebab Faisal membuka mulut untuk menyuarakan perkara ini.

Selangor dan Sabah kini bersaing sengit dalam usaha memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram