Terjahan Keras Rizal Ghazali Terhadap Faisal Halim Wajar Dilayangkan Kad Merah?
Liga Super
Selangor & Amrlaswd7
Advertisements

Perlawanan antara pasukan Sabah FC menentang Selangor FC berlangsung penuh tegang sebelum kemenangan berjaya dinoktahkan oleh tuan rumah dengan keputusan 2-1.

Aksi penting tersebut jelas menimbulkan rasa kurang senang terhadap pemain The Red Giants termasuklah bintang sensasi pasukan, Faisal Halim.

Dalam satu temubual selepas perlawanan semalam, pemain berusia 25 tahun itu menyatakan rasa kuranh senang terhadap perjalanan perlawanan yang dianggap tidak adil.

Advertisements

Beliau juga berharap agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Saya kecewa dengan cara kita kalah. Semua orang dah tahu, setiap tahun berulang. Saya sebagai pemain kalau cakap direct, saya tiada duit untuk bayar denda dan sebagainya,” jelas Faisal kepada MakanBola.

Menerusi satu klip yang tular, tindakan pertahanan kental Sabah, Rizal Ghazali yang melakukan terjahan keras kepada Faisal mendapat liputan yang meluas di media sosial.

Advertisements

Dalam video tersebut, Rizal jelas melakukan kekerasan dengan memijak bahagian peha Faisal dengan butnya dengan kelihatan pemain Selangor itu cuba menolak terjahan tersebut.

Tindakan ini bagaimanapun tidak mendapat respon daripada pengadil perlawanan apabila permainan diteruskan seperti biasa.

Situasi seperti ini jelas tidak menggembirakan bekas pemain Terengganu ini yang menganggap ada cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan Selangor.

Advertisements

Jaringan Faisal tidak cukup untuk memastikan anak didik Tan Cheng Hoe pulang dengan tiga mata dari Likas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram