Faisal Halim: Kalau Saya Cakap ‘Direct’, Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim sukar untuk menyembunyikan kesedihan susulan kekalahan terhadap Sabah FC malam ini.

Bintang sensasi The Red Giants ini berjaya meledak satu jaringan cantik namun masih tidak mencukupi untuk menyekat The Rhinos meraih 3 mata.

Mengulas lanjut, bekas pemain Terengganu ini menyatakan rasa kurang senang terhadap perjalanan perlawanan yang berlangsung di likas yang menyaksikan Selangor gagal menyaingi Sabah.

Advertisements

Beliau menganggap cara pasukannya kalah amat sukar diterima berhubung dengan beberapa insiden yang berlaku dalam perlawanan.

“Kami sudah bekerja keras dan saya terima kekalahan namun bukan dengan cara ini. Ini tidak bagus sebenarnya. Pasukan Selangor sudah cuba yang terbaik.”

Advertisements

“Saya kecewa dengan cara kita kalah. Semua orang dah tahu, setiap tahun berulang. Saya sebagai pemain kalau cakap direct, saya tiada duit untuk bayar denda dan sebagainya.”

Faisal juga merayu agar perkara sebegini tidak berulang lagi dan mahu aksi berlangsung dengan adil bagi kedua-dua pasukan.

Advertisements

“Kalau perlawanan adil, kami kalah 1-0, 10-0 pun kami terima, tapi dengan cara ini kami tak boleh terima,” jelasnya.

Pemain berusia 25 tahun ini juga yakin dengan kualiti rakan sepasukannya dan menyedari mereka tidak seharusnya tewas malam ini.

Advertisements

Selangor akan berkunjung ke Ipoh bagi menghadapi cabaran Perak dan menebus kehampaan beraksi di Likas malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram