Bekas pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan dilihat menunjukkan impak besar sejak kembali bersama kelab Sutherland Shark.
Selepas meninggalkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada akhir musim 2024/25, pemain tengah berusia 37 tahun itu kembali menabur bakti bersama kelab pertamanya itu.
Brendan bukan saja membantu Sutherland kekal bersaing dalam National Premier League (NPL) New South Wales pada 2025.
Malah, pengaruh dan pengalamannya sebagai pemain senior mendorong kelab itu melantiknya sebagai penyelia program pembangunan akar umbi.
Sutherland melihat pengalaman yang dimiliki Brendan dapat membantu kelab itu menghasilkan lebih ramai pemain muda berbakat untuk New South Wales dan Australia.
Musim 2026 menyaksikan Brendan turut membantu kelab itu menduduki tangga kesembilan NPL New South Wales dengan sembilan mata.
Sutherland merekodkan tiga kemenangan dan lima kekalahan setakat ini. Selepas ini, Brendan dan Sutherland akan menentang Sydney Olympic pada 4 April ini.