Advertisements
Pengendali Singapura Yakin Mampu Kejutkan Korea Selatan
Asia Tenggara
MakanBola
Fasingapore

Ketua jurulatih skuad Singapura, Tsutomu Ogura mensasarkan bahwa pasukannya mampu cipta kemenangan sulung bagi saingan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua hari ini.

Pasukan Singapura akan bertemu Korea Selatan bagi aksi ke-5 peringkat kumpulan C pada malam ini. 

Pengendali Singapura ini menegaskan bahwa anak buahnya perlu mempamerkan aksi yang terbaik bagi melakar kejutan ke atas pasukan terbaik dunia.

“Saya tahu Korea Selatan adalah antara pasukan terbaik di Asia, kami menghormati mereka kerana ramai pemain mereka bermain untuk kelab terkemuka di Eropah dan mereka mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas pernah bermain di Piala Asia dan Piala Dunia. Tetapi kami akan cuba yang terbaik.

Ogura dalam pada itu akui kehebatan pasukan Korea Selatan, namun beliau yakin anak buahnya mampu memberi tentangan hebat.

“Kami perlu menumpukan perhatian selama 90 minit tambahan permainan dan berjuang sekuat mungkin. Jika kami dapat menunjukkan kepada peminat bahawa kami melakukan yang terbaik, maka ia akan membantu menambah suasana dan memberi inspirasi kepada kembalinya ‘Kallang Roar‘ di kalangan penyokong,” kata Ogura dipetik daripada Fasingapore.

Dalam perlawanan sebelum ini, Singapura diaibkan oleh China. Skuad kendalian Ogura ketika menduduki tangga tercorot kumpulan dengan 1 jumlah mata sahaja.

Perlawanan malam ini dijadualkan bertempat di Stadium Kebangsaan Singapura yang akan berlangsung 8 malam ini.

Dalam perlawanan sebelum ini, Singapura diaibkan oleh China. Skuad kendalian Ogura ketika menduduki tangga tercorot kumpulan dengan 1 jumlah mata sahaja.

Perlawanan malam ini dijadualkan bertempat di Stadium Kebangsaan Singapura yang akan berlangsung pada jam 8 malam ini.