Pengumuman terbaru kembali mengukir senyuman di wajah kem Harimau Malaya.
Baru-baru ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberikan gambaran awal terhadap usaha yang dilakukan untuk memantapkan pasukan kebangsaan.
Baginda dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa terdapat usaha awal untuk mengenal pasti kira-kira 7 pemain yang memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
“Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia.
Bukan itu sahaja, DYAM Tunku Ismail turut mengesahkan bahawa beberapa posisi kritikal dalam skuad kebangsaan ketika ini bakal menerima sentuhan pemain warisan dari Eropah.
“Pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, pemain tengah menyerang dan juga pemain sayap kiri.
“Kebanyakannya bermain di liga teratas Eropah. Tiada pemain dari England. Kebanyakannya dari Eropah selatan,” tambah penjelasan DYAM Tunku Ismail.
Setakat ini, masih tiada nama-nama pemain warisan yang disebutkan untuk memperkuat skuad kebangsaan dalam masa terdekat namun perkembangan positif ini menceriaka lj peminat setia tanah air.
Ujian pertama pasukan negara bakal bermula Mac ini apabila beraksi pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac 2025.