Advertising
Tunku Ismail: Pembangunan Akar Umbi Tanggungjawab Kelab
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyifatkan tanggungjawab pembangunan akar umbi seharusnya digalas oleh kelab-kelab bola sepak di Malaysia.

Pandangan itu dinyatakan baginda apabila mengulas tentang isu pembangunan akar umbi. Pada hemat Tunku Ismail, peranan ini sepatutnya digalas oleh kelab-kelab dan bukannya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

Ini kerana tanggungjawab badan induk bola sepak itu dan Malaysian Football League (MFL) ialah menganjurkan kejohanan-kejohanan bola sepak akar umbi yang berkualiti.

Ad

“Pembangunan akar umbi merupakan tanggungjawab kelab-kelab. Bukan FAM. Apa yang FAM dan MFL perlu lakukan ialah kejohanan-kejohanan remaja yang bersifat kompetitif,” katanya di X.

Tunku Ismail turut melihat kelab-kelab seharusnya memiliki pusat latihan yang bagus. Ini kerana pusat-pusat ini dapat membantu kelab-kelab melahirkan lebih ramai bakat baru di peringkat akar umbi.

Ad

“Kedua, semua kelab perlu memiliki kemudahan latihan yang bagus. Memang senang nak salahkan FAM,” tambahnya.

Ad

“Tetapi hari di mana kita mula salahkan diri kita sendiri ialah hari bola sepak bakal berubah di Malaysia. Kelab-kelab perlu bertanggungjawab dalam menaikkan standard.”

Ad

Sebelum ini, baginda memaklumkan terdapat tujuh pemain berstatus warisan yang dilihat dapat membantu Harimau Malaya.