Pengurus Sepanyol, Luis Enrique Dipecat
Piala Dunia
Manolo Lama
Advertisements

Kurang dari 24 jam selepas disingkirkan Maghribi dari pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 menerusi penentuan penalti, Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) bertindak memecat pengurus mereka, Luis Enrique. Keputusan tersebut dibuat biarpun legenda Sepanyol itu masih mempunyai baki kontrak sehingga akhir tahun ini.

Keputusan pemecatan Enrique diumumkan RFEF menerusi satu hantaran laman media sosial mereka. Tidak lama selepas itu, RFEF mengumumkan bekas jurulatih bawah 21 tahun La Roja, Luis de la Fuente sebagai pengganti legenda Barcelona itu. Ini sekaligus menafikan spekulasi RFEF mahu mengikat khidmat bekas pengurus Belgium, Roberto Martinez atau bekas pengurus Athletic Bilbao, Marcelino sebagai pengganti Enrique.

RFEF dalam satu kenyataan berkata, “RFEF ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Luis Enrique dan barisan kejurulatihan kerana mengemudi pasukan kebangsaan dalam tempoh beberapa tahun ini. Pengurusan sukan RFEF telah menghantar laporan kepada Presiden di mana mereka memutuskan projek baru harus dimulakan untuk pasukan bola sepak Sepanyol, dengan matlamat meneruskan pertumbuhan dalam beberapa tahun ini terima kasih kepada usaha keras Luis Enrique dan para jurulatih lain.

Advertisements

“Kedua-dua Presiden. Luis Rubiales dan Pengarah Sukan. Jose Francisco Molina telah menyampaikan keputusan tersebut kepada jurulatih. RFEF dengan ini mengucapkan selamat berjaya kepada Luis Enrique dan pasukannya dalam apa jua projek profesional mereka pada masa hadapan. Dia menerima kasih sayang dan sanjungan daripada semua pihak yang bekerjasama dengannya dalam pasukan kebangsaan dan pihak Persekutuan, di mana ia sentiasa bertakhta di hatinya.”

Enrique menyertai pasukan kebangsaan menggantikan bekas kapten Real Madrid Fernando Hierro pada 2018. Ini selepas La Roja tersingkir dari pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 di tangan tuan rumah Rusia. Enrique kemudiannya meninggalkan Sepanyol untuk seketika pada musim panas 2019 selepas anak perempuannya Xana meninggal dunia akibat kanser tulang pada Ogos.

Beberapa bulan selepas itu, legenda Blaugrana itu kembali menyertai La Roja dan membimbing mereka ke separuh akhir EURO 2020 pada tahun lepas. Bagaimanapun, La Roja gagal layak ke final selepas ditewaskan juara Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Selepas banyak kali dinafikan layak ke peringkat seterusnya akibat penentuan penalti, Enrique mengarahkan setiap pemain Sepanyol mengambil sepakan penalti sebanyak seribu kali untuk Piala Dunia 2022 di Qatar. Latihan tersebut dibuat kononnya dapat membantu pemain mengatasi cabaran penentuan penalti sekiranya keputusan seri dicapai pada mana-mana peringkat perlawanan kalah mati.

Tetapi itu langsung tak berlaku pada perlawanan Maghribi-Sepanyol dengan tiga penalti La Roja mudah dinafikan penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou. Selain itu, Sepanyol turut dituduh tidak klinikal di hadapan gol dan tiada idea bagaimana mengakali pasukan yang bertahan seperti Jepun dan Singa Atlas. Enrique turut dituduh gagal memanfaatkan pemain-pemain berkualiti seperti Ansu Fati dan Dani Carvajal dalam kesebelasan utama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram